SMK SERI BALIK PULAU

    

      SMK Seri Balik Pulau terletak di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Pada 10 Januari 1965, SMK Seri Balik Pulau telah ditubuhkan dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau pada sesi petang. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Zainal Abidin bin Shariff dengan sokongan lapan orang tenaga pengajar pada masa itu. Pada permulaannya, sekolah ini dikenali Sekolah Menengah Genting.

 

     Selepas itu, pada Oktober 1966, nama Sekolah Menengah Genting dengan rasminya ditukar kepada SMK Seri Balik Pulau. Seterusnya, pada 17 April 1969, SMK Seri Balik Pulau telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Tun Haji Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu. Pada tahun 2017, SMK Seri Balik Pulau sekali lagi telah melakarkan sejarah apabila Sambutan Jubli Emas SERI 50 tahun telah disempurnakan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

 

 Kini, pelbagai transformasi telah dilaksanakan untuk menjadikan SMK Seri Balik Pulau sebagai sekolah yang  cemerlang dan beridentiti. Bukan sahaja landskap fizikal sekolah berubah malah la ndskap pembelajaran turut berubah apabila pendidikan abad ke-21 dari aspek teknologi telah diperkasakan di SMK Seri Balik Pulau dengan wujudnya  bilik pembelajaran maya, kafe siber, kios internet dan banyak lagi prasarana yang dibangunkan. Dengan jumlah tenaga pengajar yang berdedikasi, SMK Seri Balik Pulau mampu melahirkan murid dan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek, selari dengan tagline sekolah iaitu

                                          “#SeiringMenujuKecemerlangan” .

KIOSK INTERNET SERI
BILIK MAYA
LAMAN SANTAI SERI
STPM SEMESTER 3 2020
 

STPM SEMESTER 1 2021/ULANGAN 1 2020

Statistik Pelawat

006429
Views Today : 16
Views Last 7 days : 165
Views Last 30 days : 706
Views This Month : 589
Views This Year : 7350
Total views : 11440