Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan pentaksiran juga akan dikeluarkan bagi setiap penggal.

Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal.
Pelajar diberi peluang untuk memperbaiki keputusan peperiksaan (mengulang). Pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir Semester 1 dan/atau Semester 2 dengan menduduki semula peperiksaan pada hujung Semester 3. Pelajar tidak boleh mengulang peperiksaan Semester 3.

Keputusan peperiksaan yang terbaik akan diambil kira antara peperiksaan pertama dengan peperiksaan ulangan

Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.
 Aspek kemahiran insaniah (soft skills) akan diterapkan dalam kurikulum – meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, dan etika serta moral profesional.

Sistem penggredan STPM yang baharu adalah sama dengan sistem penggredan STPM sedia ada

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Kerja Kursus)

  • Kerja kursus merupakan kerja projek, kajian luar, dan kerja amali yang dilakukan oleh pelajar mengikut keperluan mata pelajaran. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM ke sekolah. Calon boleh memilih soalan/tugasan yang dikemukakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi sesuatu mata pelajaran.
  • Pengenalan kepada KK ini adalah selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi.
  • Bertepatan juga dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.-
STPM SEMESTER 3 2020
 

STPM SEMESTER 1 2021/ULANGAN 1 2020

Statistik Pelawat

006429
Views Today : 18
Views Last 7 days : 167
Views Last 30 days : 708
Views This Month : 591
Views This Year : 7352
Total views : 11442