Pengenalan

Tingkatan 6 SMK Seri Balik Pulau telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun tersebut hanya 1 kelas ditawarkan iaitu aliran Kemanusiaan. Seramai 30 orang pelajar telah mengikuti kelas tersebut. Kini, Tingkatan 6 menawarkan 6 kelas iaitu aliran Sains Kemanusiaan dan Sains Tulen Pelajar tingkatan 6 di SMK Seri berbilang bangsa iaitu terdiri daripada Melayu, Cina dan India. 
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun. Tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini.

TEMPOH PENGAJIAN

SEMESTER 1 :

26 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC). Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja). Peperiksaan Semester 1 (S1)

SEMESTER 2:

20 minggu termasuk :
  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)

SEMESTER 3:

26 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
Peperiksaan Semester 3 (S3),
peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

STPM SEMESTER 3 2020
 

STPM SEMESTER 1 2021/ULANGAN 1 2020